Biar hati makin indah, makin halus, bahagia dan....................Mari kita intai sedikit lebih dalam isi kandungan ebook ini, ok ????
Bacalah lagi................SEBUAH LONCATAN, SEBUAH PERUBAHAN!
Sahabat ku yang baik hati.............
Jika kekayaan boleh membuat orang bahagia, tentunya Adolf Merckle, orang terkaya dari Jerman, tidak akan bertindak melakukan bunuh diri dilanggar kereta api.
Jika populariti boleh membuat orang bahagia, tentunya Michael Jackson, penyanyi terkenal di USA, tidak akan meminum ubat tidur hingga overdose.
Jika kekuasaan mampu membuat orang bahagia, tentunya G. Vargas, presiden Brazil, tidak akan menembak jantungnya sendiri.
Jika kecantikan dapat membuat orang bahagia, tentunya Marilyn Monroe, artis cantik lagendaris dari USA, tidak akan meminum alkohol dan obat depresi hingga overdos.
Jika kesihatan mampu membuat orang bahagia, tentunya Thierry Costa, doktor terkenal dari Perancis, tidak akan bunuh diri, akibat sebuah acara di tv.
Ternyata, bahagia atau tidaknya hidup seseorang itu, bukan ditentukan oleh seberapa kekayaannya, populariti, kecantiknya, kekuasaanya, sihatnya atau sesukses apapun hidupnya.
Tapi yang mampu membuat seseorang itu bahagia adalah dirinya sendiri. Mampukah dia untuk mensyukuri semua yang sudah dimilikinya dalam segala hal.
Kalau kebahagiaan boleh dibeli, pasti orang-orang kaya akan membeli kebahagiaan itu tanpa sisa lagi buat kita.
Kalau kebahagiaan itu ada di suatu tempat, pasti di belahan lain di bumi ini akan kosong karena semua orang akan ke sana berkumpul di mana kebahagiaan itu berada.
Untungnya kebahagiaan itu berada di dalam hati setiap manusia. Jadi kita tidak perlu membeli atau pergi mencari kebahagiaan itu.
***
Tulisan di atas saya temui di internet. Tulisan yang benar dan sangat bagus. Bukan tulisan saya ya hehe. Dont credit me
Dibawah ini baru tulisan kecil saya.
.
.
Sahabat ku yang baik hati....................
Bahagia itu urusan hati. Bukan soal kekayaan, populariti, kekuasaan dan apapun bentuk material duniawi ini.
Untuk bahagia, kita hanya perlukan Hati yang bersih, damai, dan bahagia.
Sayangnya........ Ramai kita yang tersesat mencari bahagia di luar HATI. Ini sama seperti mencari ikan hidup di gurun pasir, atau mencari ayam hidup di dalam laut.
Salah tempat sahabatku!
Bahagia itu ada di dalam HATIMU, bukan di luar!
Hatimu itu RUMAH TUHAN YANG MAHA LUAS ataupun THE LIVING MOSQUE OF GOD.
Di dalam itu ada segala yang kita perlukan. Apapun hal material duniawi yang kecil ini tidak mampu memuaskannya.
Makanya orang-orang yang disebut di atas tadi yang sudah mencapai puncak jaya material duniawi tetap tidak bahagia dan mengakhiri riwayat hidupnya dengan tragis.
Mahu tahu inti rahsianya?
Saya bagitahu ya.......
Itu adalah kerana mereka MEMISAHKAN material daripada spiritual. Merekan memenuhkan keperluan material mereka, dan lupa mengisi spiritual mereka. Akhirnya kecewa berat dan bunuh diri.
Saya sudah menemui beberapa orang yang begini. Dipuncak ketinggian pencapaian material duniawi, mereka menemui KEHAMPAAN dan KEKOSONGAN hati. Ternyata bahagia itu bukan di sini! Kata mereka. Akhirnya mereka mencari ke dalam, dan berjaya menemui bahagia itu di dalam hatinya.
Anda mungkin akan kata,
Kalau saya fokus mencari bahagia di dalam hati, fokus mengisi hal rohani, akan kayakah saya? Akan popular kah saya? Akan berkuasa kah saya?
Well my beloved friends...... Saya tidak ingin memberikan anda motivasi berlebihan dan memesongkan.
Cukuplah kata-kata ini menjelaskan,
"Jika yang kau cari adalah Tuhan, yang Dia itu Maha Kuasa, Maha Kaya, Maha Agung, Maha Mulia, Maha Luas, Maha Indah, dan Maha Segala Maha..... Akan kurang apakah dirimu?"
Memang........ Ramai orang yang berada di jalan agama itu masih kelihatan lemah tidak berdaya, kekurangan, malah banyak yang fanatik dan ganas. Kenapa kira-kira?
Kerana mereka SALAH LONCAT!
Iyaaaa .... SALAH LONCAT!
Mereka MELONCAT dari MENCARI KESENANGAN MATERIAL kepada MENCARI KESENANGAN SPIRITUAL. Fokusnya mahu banyak ilmu, mahu jadi orang pintar, mahu syurga, mahu sakti, mahu banyak pengikut, bahkan tidak kurang juga yang mahu kaya dan kuasa.
Ini saya kata SALAH LONCAT!
Ehhh sekejap....... Adakah itu memang salah?
Mahu ilmu itu salah? Mahu syurga itu salah?
Well...... Salah, dan juga tidak salah? Hahaha
Pening ya?
Ia memang tidak salah, kerana itu JALAN SELAMAT. Itu sudah betul, anda suda jadi orang baik di situ.
Ia jadi salah, kalau anda ingin menuju JALAN MATLAMAT, iaitu puncak akhir segala pencarian, intinya inti, kejayaannya kejayaan, kekayaannya kekayaan, sandronya sandro, bilang orang Bugis haha
Untuk ke situ, anda perlu MELONCAT LEBIH TINGGI.
Iaitu....... Fokus mu harus meloncat mendapatkan CINTA Tuhan mu. Bukan meloncat ke ciptaan materialNya, dan bukan juga ke ciptaan spiritualNya, bukan itu sahabatku!
Seperti mana yang telah dijalani oleh Sufi lagenda Rabiatul Adawiyah yang menjelaskan dengan tersirat begitu indah didalam doanya, ketika khalwat cinta agungnya bersama Tuhan:
"Ya Illahi, apabila aku menyembah-Mu karena takut akan seksa nerakaMu, bakarlah diriku dengan apinya. Bila sujudku padaMu karena mendamba syurgaMu, tutuplah pintu syurga itu. Namun bila ibadahku demi CintaMu semata, jangan sesekali palingkan wajahMu, aku rindu menatap abadinya keindahanMu".
Ohhhhhhhh........ Betapa indahnya! Hanya mereka yang berada di 'wilayah itu' yang mampu merasakan getaran rasanya.
Anda tahu apa yang Tuhan anugerahkan kepada beliau atas LONCATAN ENERGI itu?
Well....... Tidak dapat dibayangkan dan diceritakan dengan bahasa terbatas ini. Cukup anda tahu, itu super duper duper duper duper awesome!
LONCATAN ENERGI, inilah yang ingin kita lakukan bersama. Saya, anda, mereka.... Kita semua!
Perlahan, tapi pasti. Sedikit demi sedikit tapi ada.
Hal ini akan saya kupas lanjut di ebook saya, LONCATAN ENERGI.
Mudahan kita boleh melakukan LONCATAN ENERGI bersama dari JALAN BIASA, ke JALAN SELAMAT dan lanjut terus ke JALAN MATLAMAT.
DICARI rezeki, bukan lagi MENCARI rezeki.